Pandu Kereta Mewah Di Usia Muda, Dapat Berkahwin Dengan Wanita Cantik Dan Hebat,Fattah Amin Dianggap Jejaka Sangat Bertuah

Posted on

 Siapa sangka, jejaka ini bermula dengan tiada apa-apa dan berasal dari keluarga yang sederhana.

Dia juga di lihat sama seperti anak-anak muda yang lain.

Mula memasuki pertandingan Hero Remaja, ianya menjadi gerbang buat Fattah Amin untuk mengorak langkah ke tahap seterusnya.

Pada asalnya dia di kenali sebagai pelakon kayu hinggakan ramai yang mengkritiknya. Namun siapa boleh sangkal rezeki seseorang jika Tuhan sudah berkehendak untuk mahu memberi.

Berkat usahanya dalam bidang lakonan, ia membawa Fattah Amin menjadi anak muda yang semakin berjaya mengukuhkan ekonomi bagi membantu diri dan keluarga.

Sehinggakan Fattah Amin di usianya yang masih 27 tahun, dia sudah mampu untuk memandu kereta mewah dari jenama Audi,antara jenama kereta yang di impikan oleh anak muda hari ini.Kereta yang di menanginya sebagai Bintang Popular pula telah di hadiahkan buat sang ibu dan ayah.

Sudah beberapa kali kelibat Fattah Amin di lihat peminat ke mana sahaja dia pergi, dia pasti akan memandu kereta kesayangannya itu.

Selain itu, Fattah juga mendapat tawaran menjadi duta untuk pelbagai produk dan jenama mahal membuatkan dia menerima bayaran yang sangat lumayan.

Kegembiraan dalam hidup Fattah makin memuncak apabila di takdirkan Tuhan dapat bernikah dengan seorang wanita yang berada dalam kategori hot kerana di katakan cantik, popular,baik hati dan di minati ramai lelaki di Malaya ini.

Perkahwinan Fattah dan Fazura di lihat sangat bahagia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *