PENGANTIN BARU DAH MULA HONEYMOON,FATTAH AMIN TAYANG BILIK BERADU YANG CANTIK DAN TAYANG ISTERI MENAWAN BUAT PEMINAT

Posted on
Semua orang tahu baru-baru ini Fattah Amin dan juga Fazura di katakan sudah pun bergelar suami isteri.

Rasanya sungguh pantas masa berlalu, mereka berdua baru sahaja sama-sama berlakon dalam sebuah drama.

Melalui drama itu mereka berkenalan dan jatuh cinta, kemudian membuat keputusan untuk bertunang dan mengerjakan umrah bersama.

Pulang dari mengerjakan umrah, mereka pun melangsungkan majlis perkahwinan dalam suasana yang sangat sederhana.

Seperti pasangan baru berkahwin yang lain, sudah tentulah mereka mahu meluangkan masa bersama dan melalui saat honeymoon yang penuh dengan kenangan manis.

Sebagai suami, Fattah Amin di katakan sudah membuat perancangan istimewa untuk sang isteri.

Fattah dan Fazura di katakan telah terbang ke Jakarta dan juga Bali untuk menghabiskan tempoh honeymoon mereka.

Fattah di katakan ada membuat rakaman video untuk menunjukkan bilik beradu mereka yang sangat cantik dan besar sepanjang honeymoon. Setiap kali membuat rakaman video, pasti kelibat si isteri yang cantik akan ada bersama. Wah wah..Semoga bahagia ke Jannah ya korang.


Sumber : Kisah Dunia

Jangan terlalu obses dengan ‘FattZura’ – Fazura

PETALING JAYA: Artis serba boleh, Fazura, tidak mahu peminat terlalu obses dengan terma ‘FattZura’ yang rancak digunakan, khususnya di laman sosial.

Kata Fazura, dia berharap peminat menyedari hakikatnya dia dan suaminya, pelakon Fattah Amin, masih dua individu yang mempunyai cara dan perancangan tersendiri dalam kerjaya.

“Saya menghargai sokongan dan doa-doa peminat terhadap kami. Tapi saya harap peminat sedar yang kami dua individu berbeza apabila masuk bab kerjaya.

“Tapi sebagai isteri saya akan sentiasa menyokong kerjaya Fattah, seperti mana dia juga menyokong kerjaya saya,” kata Fazura dalam satu sesi bertemu media di Petaling Jaya, hari ini.

Ditanya jika mereka mempunyai perancangan untuk kembali bekerjasama dalam sebuah lagu, kata Fazura ia mungkin dijayakan di masa depan.

“Buat masa ini kami mahu fokus kepada perancangan kerjaya sendiri terlebih dahulu. InsyaAllah, mungkin di masa depan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Fazura menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh mereka mengadakan majlis pernikahan dalam keadaan tergesa-gesa.

“Itu tidak benar. Kami sudah lama merancang untuk bernikah, cuma kami memilih untuk tidak membesarkannya kerana ia perkara peribadi.

“Tetapi seperti yang dijanjikan, kami tidak akan melupakan media dan peminat. Dan janji itu sudah pun kami tunaikan,” kata pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 ini.

Kredit: http://bujanglapok2.com

SAH! Abang Sulung Fazura Sebagai Wali..SEGALANYA TERJAWAB!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *