Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Yang Rakyat Malaysia Wajib Tahu!!

Posted on

 

KAEDAH BAYARAN BR1M

Mana yang telah mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan pernah dapat bantuan sebelum ini, saya percaya yang saudara tahu apa pilihan yang ada. Tetapi bagi mereka yang masih baru nak kenal dengan bantuan rakyat nih, pasti tertanya macam mana BRIM nih nanti dapat?

Cara pembayaran BRIM ada dua (2), iaitu melalui kredit ke dalam akaun dan baucar ataupun kedua-duanya sekali (yang nih bukan pilihan). Ikutlah yang mana saudara rasa memudahkan urusan saudara.

Berikut saya jelaskan dengan lebih mendalam dengan bahasa yang mudah.

KREDIT KE AKAUN

Pilihan pertama bagi mereka yang mempunyai maklumat akaun bank. Saudara perlu letakkan nama bank dan nombor akaun semasa isi borang. Tak kesahlah pakai online atau manual, dua-dua pun kena letak.

Cepat atau lambat masuk ke akaun bergantung pada bank masing-masing. Yang ini selalunya akan diberitahu melalui portal rasmi BRIM atau bank. Contohnya, kalau saudara call center, operator akan buat pengumuman maklumat terkini terlebih dahulu sebelum saudara nak mengomplain. Mana yang ada online banking, semak ajelah di situ, tak perlu ke bank. Jimat minyak kereta.

Tetapi, bagi mereka yang lulus tapi duitnya tak dapat. Sila baca No. 3 (Kedua-duanya sekali).

TARIKH PEMBAYARAN BR1M 2018

Berikut merupakan tarikh pembayaran BR1M bagi tahun 2018

Kategori 1 – Individu berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah (Feb 2018 – RM450)

Kategori 2 – Isi rumah berpendapatan bulanan RM3001 – RM4000 (Feb 2018 – RM300 | Jun 2018 – RM300 | Ogos 2018 – RM300)

Kategori 3 – Isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 dan kebawah (Feb 2018 – RM400 | Jun 2018 – RM400 | Ogos 2018 – RM400)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *